Kem Remaja Sinergi
Tuesday, August 26, 2014
Monday, June 23, 2014
KRS 5.0 2014
Assalamu'alaikum semua
KRS 5.0 bakal tiba tidak lama lagi
Kenapa perlu datang KRS?
Apa yang menarik tentang KRS?
Kalau saya datang, apa saya dapat?
Apa yang KRS boleh bagi pada kami jikalau kami sponsor?
Apa yang membezakan KRS daripada kem-kem yang lain?
dan sebagainya.
Mesti banyak persoalan yang bermain di fikiran ibubapa atau adik-adik nak tahu kan tentang KRS 5.0 ni.?
Jadi terdapat serba sedikit maklumat tentang KRS 5.0 2014
1) KRS diadakan hanya sekali setahun.Terbuka kepada remaja umur 18 tahun dan ke bawah.
2) Penyertaan KRS terbuka di seluruh negeri Sabah dan sangat terhad. open utk 200 peserta sahaja. now, pendaftaran telah di buka. Siapa cepat dia dapat!
3) Dikendalikan oleh ajk dan fasilitator-fasilitator dari universiti di Sabah. mostly semuanya berbeza profession/courses. so klau nk lebih nmpk or tahu overview tntg setiap course di IPT, blh direct tny para bakal doctor, bakal engineer, bakal lecturer, etc. Antaranya:
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Teknologi Mara, kota kinabalu (UITM)
4) KRS Sabah merupakan program yang dijalankan di bawah Neo Synergy Training Centre (NSTC) yang pernah mendapat liputan dalam BH, UTUSAN, SINAR dan TV3 (MHI) & IKIM.fm bagi program-program sebelum ini yang kebanyakannya di semenanjung. iA tahun ni modul lebih gempak & lebih byk media yg akan dtg buat liputan.
5) Tema KRS berlainan setiap tahun. tahun ni, KRS 5.0 mengetengahkan tema yang berbeza dari sebelum-sebelum ni.Nantikan!!
6) Yuran KRS sangat murah dan berbaloi berbanding dengan kem-kem yang lain. RM120 je utk 3 hari 2 mlm. siap dpt baju, cenderahati istimewa dan mcm mcm lagi lah.. selalunya, range harga camp luar mcm ni pun, RM300++. ad yg smpi cecah RM420!
8) Peserta Krs akan terus dipantau/follow up oleh fasilitator-fasilitator KRS apabila sudah menjejakkan kaki di IPT/matrik yang mempunyai wakil NSTC.
9 ) KRS berkonsepkan Islamic outdoor. utk melatih internal dan external strength adik-adik.
Jum kita tengok gambar-gambar KRS 4.0 tahun lepas. :)
Menarik kan?
Jadi Tunggu apa lagi.
Daftarlah sekarang :)
Tuesday, June 03, 2014
~ INFIRU ~ KRS 4.0 MEMORABLE MOMENT
Pada 13-15 disember 2013 yang lalu, telah diadakan Kem Remaja Sinergi (KRS) 4.0 yang bertempat di Hutan Lipur Kawang, Kota Kinabalu Sabah. Seramai 65 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kem tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Neo Synergy Training Centre(NSTC) sebagai penganjur kem merupakan sebuah syarikat motivasi, kursus latihan dan konsultansi menganjurkan kem ini bertujuan untuk meningkatkan jatidiri dan memupuk semangat kerohanian dalam diri pelajar untuk menghadapi cabaran mendatang dalam kehidupan seharian.
LET'S WATCH IT TOGETHER..
Monday, November 04, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Poster KRS 4.0
Kem Remaja Sinergi bakal kembali lagi, sejak pengelibatannya, tahun ini adalah musim ke-4 Kem Remaja Sinergi (KRS 4.0).
Apa yang menarik tentang KRS 4.0, peserta yang bertuah bakal menerima hadiah lumayan, iaitu sebuah gadget tablet yang menarik.
Apa tunggu lagi! Mari sertai kami.
p/s: Download poster KRS 4.0, print dan kongsikan pada rakan adik-adik, terima kasih ^_^
Monday, February 04, 2013
Memori KRS 2013 (versi ikhwah)
Pada 21-23 disember yang lalu, telah diadakan
Kem Remaja Sinergi (KRS) yang bertempat di Outdoor Development Centre (ODEC) Universiti
Malaysia Sabah (UMS). Seramai 42 orang peserta telah mengambil bahagian dalam
kem tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di negeri bawah
bayu ini. Neo Synergy Training Centre(NSTC) merupakan pengelola kem ini yang
bertujuan untuk meningkatkan jatidiri dalam diri pelajar dan membangkitkan semangat
kerohanian dalam diri masing-masing dalam menghadapi cabaran mendatang dalam
kehidupan seharian.
Kem bermula pada hari jumaat kira-kira pada
pukul 2.30 petang dengan pendaftaran peserta. Sambutan kedatangan yang agak
meriah dapat dilihat pada senyuman para fasilitator yang menguruskan kedatangan
peserta beserta ibu bapa. Fasilitator yang rata-ratanya merupakan pelajar UMS
yang merangkumi wakil NSTC dilihat begitu bersemangat beramah mesra dangan
bakal peserta dan ibu bapa bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Briefing yang diberikan oleh camp commander
iaitu Akhi Hanafi telah berjaya membooster semangat para peserta yang
dilihat tidak sabar-sabar untuk melakukan aktiviti yang bakal bermula.
Malamnya, terdapat aktiviti yang pertama iaitu pertandingan Bonds Like Hero yang mana para faci disolekkan mengikut kreativiti
peserta mengikut ikon super power yang diislamikkan seperti iron man yang ditukar
kepada iron muslim dan macam-macam lagi. Dilihat bersungguh-sungguh
para peserta menyiapkan fasilitator bagi memenangi cabaran tersebut. Bakat dan
semangat kerjasama yang erat di kalangan peserta menjadi kunci kepada cabaran
ini . Peserta diminta tidur awal untuk aktiviti seterusnya pada keesokan
harinya.
Pada esok paginya, peserta dikejutkan seawal
pukul 4 pagi bagi qiamulail secara
ramai-ramai. Sememangnya kem KRS ini memang menitikberatkan kekuatan kerohanian
dalam diri peserta yang pastinya ia menjadi tunjang dalam diri setiap insan.
Aktiviti seterusnya merupakan pengisian yang bertajuk Tarbiyah Success oleh Akhi Fuad iaitu pelajar UMS dalam bidang
perubatan dan merupakan salah seorang penceramah NSTC. Banyak info yang
disampaikan dan Insyaallah akan menjadi
pemutik semangat dalam diri peserta khasnya. Aktiviti diteruskan dengan jungle tracking yang sungguh
memenatkan. Peserta dikehendaki berhenti di beberapa checkpoint dan harus memenuhi
tugasan yang diberikan seperti memasak
sendiri, menghafal hadith dan susun puzzle barang boikot. Sungguh, ia
mencabar fizikal dan mental peserta bahkan para fasilator kerana mereka juga
perlu berada dalam kumpulan masing-masing. Pelbagai ibrah atau pengajaran yang
dapat dikumpulkan melalui aktiviti tersebut. Semangat kerjasama adalah sangat
diperlukan bagi menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Melalui tugasan tersebut,
ukhuwah antara peserta dilihat
semakin erat dan lebih mengenali antara
satu sama lain dengan lebih rapat lagi.
Malamnya merupakan aktiviti bebas bersama fasilitator.
Ini dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan dan bagi membooster semangat para peserta untuk belajar dengan bersungguh-sungguh
dengan memberikan nasihat dan sharing
pengalaman cara belajar sehingga dapat menjejakkan diri ke menara gading. Info
sebegini adalah amat penting khususnya kepada para peserta yang baru sahaja
menamatkan persekolahan di peringkat menengah. Dalam pada itu, aktiviti sharing tersebut juga diselitkan dengan
aktiviti Curhat atau curahan hati
antara peserta dan fasi.
Malam pagi keesokannya, peserta dikejutkan awal
untuk Qiamulail dan aktiviti paginya dimulakan dengan senaman Ruhul Jadid yang sangat bersemangat. Seterusnya
ialah persiapan kendiri dan pengisian oleh Akhi Syafiq yang merangkap
penceramah kedua NSTC. Ceramah yang berkaitan dengan membooster semangat bukan sahaja sekadar mempengaruhi para peserta
bahkan fasilitator yang turut mendengar. Selepas itu, diadakan persembahan Sinergi Bakat yang turut ditonton oleh ibu
bapa yang hadir. Semua para peserta KRS kelihatan bersemangat mempamerkan bakat
yang terpendam seperti ada yang bersajak, berlakon, menyanyi bahkan berdikir barat! Persaingan yang sengit
berlaku namun hanya terdapat satu sahaja juaranya iaitu kumpulan ke enam iaitu
kumpulan Akhi Taufik.
Setiap cerita pasti mempunyai penghujungnya.
Sebelum kem KRS melabuhkan tirainya, peserta dan seluruh AJK bersalaman dan ada
yang mengalirkan air mata yang terhasil daripada nilai ukhuwah. Inilah yang
dikatakan bertemu dan berpisahnya kerana NYA….
Terus Sukses! |
Montaj KRS 2013
Cheers KRS 2013
*ditulis oleh akhi Taufiq, layari blog http://topekpulus.blogspot.com/
Tuesday, January 15, 2013
Montaj KRS Ikhwah Borneo 3.0
Mantop!!! KRS ikhwah Borneo 3.0...
watch, like dan shared it to the world!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)