Monday, June 23, 2014

KRS 5.0 2014





Assalamu'alaikum semua

KRS 5.0 bakal tiba tidak lama lagi

Kenapa perlu datang KRS?

Apa yang menarik tentang KRS?

Kalau saya datang, apa saya dapat?

Apa yang KRS boleh bagi pada kami jikalau kami sponsor?

Apa yang membezakan KRS daripada kem-kem yang lain?
dan sebagainya.

Mesti banyak persoalan yang bermain di fikiran ibubapa atau adik-adik nak tahu kan tentang KRS 5.0 ni.?


Jadi terdapat serba sedikit maklumat tentang KRS 5.0 2014

1) KRS diadakan hanya sekali setahun.Terbuka kepada remaja umur 18 tahun dan ke bawah.

2) Penyertaan KRS terbuka di seluruh negeri Sabah dan sangat terhad. open utk 200 peserta sahaja. now, pendaftaran telah di buka. Siapa cepat dia dapat!

3) Dikendalikan oleh ajk dan fasilitator-fasilitator dari universiti  di Sabah. mostly semuanya berbeza profession/courses. so klau nk lebih nmpk or tahu overview tntg setiap course di IPT, blh direct tny para bakal doctor, bakal engineer, bakal lecturer, etc. Antaranya:
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Teknologi Mara, kota kinabalu (UITM)


4) KRS Sabah merupakan program yang dijalankan di bawah Neo Synergy Training Centre (NSTC) yang pernah mendapat liputan dalam BH, UTUSAN, SINAR dan TV3 (MHI) & IKIM.fm bagi program-program sebelum ini yang kebanyakannya di semenanjung.  iA tahun ni modul lebih gempak & lebih byk media yg akan dtg buat liputan.

5) Tema KRS berlainan setiap tahun. tahun ni, KRS 5.0 mengetengahkan tema yang berbeza dari sebelum-sebelum ni.Nantikan!!


6) Yuran KRS sangat murah dan berbaloi berbanding dengan kem-kem yang lain. RM120 je utk 3 hari 2 mlm. siap dpt baju, cenderahati istimewa dan mcm mcm lagi lah.. selalunya, range harga camp luar mcm ni pun, RM300++. ad yg smpi cecah RM420!

8) Peserta Krs akan terus dipantau/follow up oleh fasilitator-fasilitator KRS apabila sudah menjejakkan kaki di IPT/matrik yang mempunyai wakil NSTC.

9 ) KRS berkonsepkan Islamic outdoor. utk melatih internal dan external strength adik-adik.



Jum kita tengok gambar-gambar KRS 4.0 tahun lepas. :)








Menarik kan?
Jadi Tunggu apa lagi.
Daftarlah sekarang :)

Tuesday, June 03, 2014

~ INFIRU ~ KRS 4.0 MEMORABLE MOMENT

Pada 13-15 disember 2013 yang lalu, telah diadakan Kem Remaja Sinergi (KRS) 4.0 yang bertempat di Hutan Lipur Kawang, Kota Kinabalu Sabah. Seramai 65 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kem tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Neo Synergy Training Centre(NSTC) sebagai penganjur kem merupakan sebuah syarikat motivasi, kursus latihan dan konsultansi menganjurkan kem ini bertujuan untuk meningkatkan jatidiri  dan memupuk semangat kerohanian dalam diri pelajar untuk menghadapi cabaran mendatang dalam kehidupan seharian.

KRS 4.0 bermula dan berakhir dengan sangat baik. semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai ibrah atau pengajaran yang diharapkan mampu menjadi bekal para peserta dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana memberi komitmen yang sangat terbaik. Kem Remaja Sinergi 4.0 menjalin silaturrahim antara peserta dan fasilitator ibarat abang dan adik yang saling memberi dorongan serta bantuan antara satu sama lain. Semoga hubungan ini diredhoi allah dan kekal hingga ke syurga. Sehingga bertemu di KRS 5.0..

         LET'S WATCH IT TOGETHER..







Wednesday, August 28, 2013

Poster KRS 4.0

Kem Remaja Sinergi bakal kembali lagi, sejak pengelibatannya, tahun ini adalah musim ke-4 Kem Remaja Sinergi (KRS 4.0).

Apa yang menarik tentang KRS 4.0, peserta yang bertuah bakal menerima hadiah lumayan, iaitu sebuah gadget tablet yang menarik.

Apa tunggu lagi! Mari sertai kami.

 

p/s: Download poster KRS 4.0, print dan kongsikan pada rakan adik-adik, terima kasih ^_^



Monday, February 04, 2013

Memori KRS 2013 (versi ikhwah)



Pada 21-23 disember yang lalu, telah diadakan Kem Remaja Sinergi (KRS) yang bertempat di Outdoor Development Centre (ODEC) Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seramai 42 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kem tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di negeri bawah bayu ini. Neo Synergy Training Centre(NSTC) merupakan pengelola kem ini yang bertujuan untuk meningkatkan jatidiri dalam diri pelajar dan membangkitkan semangat kerohanian dalam diri masing-masing dalam menghadapi cabaran mendatang dalam kehidupan seharian.

Kem bermula pada hari jumaat kira-kira pada pukul 2.30 petang dengan pendaftaran peserta. Sambutan kedatangan yang agak meriah dapat dilihat pada senyuman para fasilitator yang menguruskan kedatangan peserta beserta ibu bapa. Fasilitator yang rata-ratanya merupakan pelajar UMS yang merangkumi wakil NSTC dilihat begitu bersemangat beramah mesra dangan bakal peserta dan ibu bapa bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Briefing yang diberikan oleh camp commander iaitu  Akhi Hanafi telah berjaya membooster semangat para peserta yang dilihat tidak sabar-sabar untuk melakukan aktiviti yang bakal bermula.

Malamnya, terdapat aktiviti yang pertama  iaitu pertandingan Bonds Like Hero yang mana para faci disolekkan mengikut kreativiti peserta mengikut ikon super power yang diislamikkan seperti iron man yang ditukar kepada iron muslim  dan  macam-macam lagi. Dilihat bersungguh-sungguh para peserta menyiapkan fasilitator bagi memenangi cabaran tersebut. Bakat dan semangat kerjasama yang erat di kalangan peserta menjadi kunci kepada cabaran ini . Peserta diminta tidur awal untuk aktiviti seterusnya pada keesokan harinya. 

Pada esok paginya, peserta dikejutkan seawal pukul  4 pagi bagi qiamulail secara ramai-ramai. Sememangnya kem KRS ini memang menitikberatkan kekuatan kerohanian dalam diri peserta yang pastinya ia menjadi tunjang dalam diri setiap insan. Aktiviti seterusnya merupakan pengisian yang bertajuk Tarbiyah Success oleh Akhi Fuad iaitu pelajar UMS dalam bidang perubatan dan merupakan salah seorang penceramah NSTC. Banyak info yang disampaikan dan Insyaallah akan menjadi pemutik semangat dalam diri peserta khasnya. Aktiviti diteruskan dengan jungle tracking yang sungguh memenatkan. Peserta dikehendaki berhenti di beberapa checkpoint dan harus memenuhi tugasan yang diberikan seperti memasak sendiri, menghafal hadith dan susun puzzle barang boikot. Sungguh, ia mencabar fizikal dan mental peserta bahkan para fasilator kerana mereka juga perlu berada dalam kumpulan masing-masing. Pelbagai ibrah atau pengajaran yang dapat dikumpulkan melalui aktiviti tersebut. Semangat kerjasama adalah sangat diperlukan bagi menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Melalui tugasan tersebut, ukhuwah antara peserta dilihat semakin erat dan lebih mengenali  antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

Malamnya merupakan aktiviti bebas bersama fasilitator. Ini dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan dan bagi membooster semangat para peserta untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dengan memberikan nasihat dan sharing pengalaman cara belajar sehingga dapat menjejakkan diri ke menara gading. Info sebegini adalah amat penting khususnya kepada para peserta yang baru sahaja menamatkan persekolahan di peringkat menengah. Dalam pada itu, aktiviti sharing tersebut juga diselitkan dengan aktiviti Curhat atau curahan hati antara peserta dan fasi.

Malam pagi keesokannya, peserta dikejutkan awal untuk Qiamulail dan aktiviti paginya dimulakan dengan senaman Ruhul Jadid yang sangat bersemangat. Seterusnya ialah persiapan kendiri dan pengisian oleh Akhi Syafiq yang merangkap penceramah kedua NSTC. Ceramah yang berkaitan dengan membooster semangat bukan sahaja sekadar mempengaruhi para peserta bahkan fasilitator yang turut mendengar. Selepas itu, diadakan persembahan Sinergi Bakat yang turut ditonton oleh ibu bapa yang hadir. Semua para peserta KRS kelihatan bersemangat mempamerkan bakat yang terpendam seperti ada yang bersajak, berlakon, menyanyi  bahkan berdikir barat! Persaingan yang sengit berlaku namun hanya terdapat satu sahaja juaranya iaitu kumpulan ke enam iaitu kumpulan Akhi Taufik. 

Setiap cerita pasti mempunyai penghujungnya. Sebelum kem KRS melabuhkan tirainya, peserta dan seluruh AJK bersalaman dan ada yang mengalirkan air mata yang terhasil daripada nilai ukhuwah. Inilah yang dikatakan bertemu dan berpisahnya kerana NYA….

Terus Sukses!
 
 
Montaj KRS 2013


 
Cheers KRS 2013

*ditulis oleh akhi Taufiq, layari blog http://topekpulus.blogspot.com/

Tuesday, January 15, 2013