Latar Belakang

Kem Remaja Sinergi

Kem Remaja Sinergi (KRS) adalah merupakan sebuah Kem Motivasi Islamik yang diadakan setiap tahun khas buat para remaja muslim berusia diantara 15-19 tahun*. KRS dianjurkan oleh Neo Synergy Training Centre (NSTC) sejak dari tahun 2010 hingga kini, dengan kerjasama dengan Synergy Media (SM).

Setakat ini KRS telah dianjurkan di bahagian semenanjung dan borneo. Info mengenai KRS di semenanjung, sila layari website KRS semenanjung. Website ini lebih menfokuskan hal-ehwal KRS di bahagian borneo sahaja.

Objektif KRS
  1. Mendedahkan strategi menuju kejayaan.
  2. Memberi pendedahan mengenai kehidupan di IPT.
  3. Mencungkil potensi diri (kempimpinan, komunikasi & pengurusan diri).
  4. Melatih generasi muda yang berdaya saing serta seimbang dari segi rohani, jasmani & intelek.
  5. Menguji minda,ketahanan fizikal & menyentuh emosi.
  6. Membentuk sahsiah bermotivasikan Al-Quran & Al-Hadis.
Kami tidak bermaksud untuk mencari keuntungan semata-mata melalui program ini. Pihak kami terdiri daripada rata-rata golongan mahasiswa dan mahasiswi universiti seluruh Malaysia, termasuk golongan profesional (doktor, ahli perniagaan dll) bersama-sama menganjurkan program ini dengan niat yang murni iaitu ingin menyumbang sesuatu kepada masyarakat khasnya umat Islam dalam usaha untuk membangun peribadi @ sahsiah, jati diri, intelek, dan profesionalisme sebagai seorang muslim, sekaligus melahirkan generasi rabbani. InshaALLAH.

Surah Ali Imran, Ayat 79:

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang- ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Ta`ala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya."

Neo Synergy Training Center

Neo Synergy Training Center merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman dalam menganjurkan program motivasi, kursus latihan dan konsultansi pada pelbagai peringkat institusi pendidikan bagi melahirkan individu yang bermotivasikan iman, ilmu dan amal serta mampu mensinergi potensi diri dalam aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual.