Pada 21-23 disember yang lalu, telah diadakan
Kem Remaja Sinergi (KRS) yang bertempat di Outdoor Development Centre (ODEC) Universiti
Malaysia Sabah (UMS). Seramai 42 orang peserta telah mengambil bahagian dalam
kem tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di negeri bawah
bayu ini. Neo Synergy Training Centre(NSTC) merupakan pengelola kem ini yang
bertujuan untuk meningkatkan jatidiri dalam diri pelajar dan membangkitkan semangat
kerohanian dalam diri masing-masing dalam menghadapi cabaran mendatang dalam
kehidupan seharian.
Kem bermula pada hari jumaat kira-kira pada
pukul 2.30 petang dengan pendaftaran peserta. Sambutan kedatangan yang agak
meriah dapat dilihat pada senyuman para fasilitator yang menguruskan kedatangan
peserta beserta ibu bapa. Fasilitator yang rata-ratanya merupakan pelajar UMS
yang merangkumi wakil NSTC dilihat begitu bersemangat beramah mesra dangan
bakal peserta dan ibu bapa bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Briefing yang diberikan oleh camp commander
iaitu Akhi Hanafi telah berjaya membooster semangat para peserta yang
dilihat tidak sabar-sabar untuk melakukan aktiviti yang bakal bermula.
Malamnya, terdapat aktiviti yang pertama iaitu pertandingan Bonds Like Hero yang mana para faci disolekkan mengikut kreativiti
peserta mengikut ikon super power yang diislamikkan seperti iron man yang ditukar
kepada iron muslim dan macam-macam lagi. Dilihat bersungguh-sungguh
para peserta menyiapkan fasilitator bagi memenangi cabaran tersebut. Bakat dan
semangat kerjasama yang erat di kalangan peserta menjadi kunci kepada cabaran
ini . Peserta diminta tidur awal untuk aktiviti seterusnya pada keesokan
harinya.
Pada esok paginya, peserta dikejutkan seawal
pukul 4 pagi bagi qiamulail secara
ramai-ramai. Sememangnya kem KRS ini memang menitikberatkan kekuatan kerohanian
dalam diri peserta yang pastinya ia menjadi tunjang dalam diri setiap insan.
Aktiviti seterusnya merupakan pengisian yang bertajuk Tarbiyah Success oleh Akhi Fuad iaitu pelajar UMS dalam bidang
perubatan dan merupakan salah seorang penceramah NSTC. Banyak info yang
disampaikan dan Insyaallah akan menjadi
pemutik semangat dalam diri peserta khasnya. Aktiviti diteruskan dengan jungle tracking yang sungguh
memenatkan. Peserta dikehendaki berhenti di beberapa checkpoint dan harus memenuhi
tugasan yang diberikan seperti memasak
sendiri, menghafal hadith dan susun puzzle barang boikot. Sungguh, ia
mencabar fizikal dan mental peserta bahkan para fasilator kerana mereka juga
perlu berada dalam kumpulan masing-masing. Pelbagai ibrah atau pengajaran yang
dapat dikumpulkan melalui aktiviti tersebut. Semangat kerjasama adalah sangat
diperlukan bagi menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Melalui tugasan tersebut,
ukhuwah antara peserta dilihat
semakin erat dan lebih mengenali antara
satu sama lain dengan lebih rapat lagi.
Malamnya merupakan aktiviti bebas bersama fasilitator.
Ini dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan dan bagi membooster semangat para peserta untuk belajar dengan bersungguh-sungguh
dengan memberikan nasihat dan sharing
pengalaman cara belajar sehingga dapat menjejakkan diri ke menara gading. Info
sebegini adalah amat penting khususnya kepada para peserta yang baru sahaja
menamatkan persekolahan di peringkat menengah. Dalam pada itu, aktiviti sharing tersebut juga diselitkan dengan
aktiviti Curhat atau curahan hati
antara peserta dan fasi.
Malam pagi keesokannya, peserta dikejutkan awal
untuk Qiamulail dan aktiviti paginya dimulakan dengan senaman Ruhul Jadid yang sangat bersemangat. Seterusnya
ialah persiapan kendiri dan pengisian oleh Akhi Syafiq yang merangkap
penceramah kedua NSTC. Ceramah yang berkaitan dengan membooster semangat bukan sahaja sekadar mempengaruhi para peserta
bahkan fasilitator yang turut mendengar. Selepas itu, diadakan persembahan Sinergi Bakat yang turut ditonton oleh ibu
bapa yang hadir. Semua para peserta KRS kelihatan bersemangat mempamerkan bakat
yang terpendam seperti ada yang bersajak, berlakon, menyanyi bahkan berdikir barat! Persaingan yang sengit
berlaku namun hanya terdapat satu sahaja juaranya iaitu kumpulan ke enam iaitu
kumpulan Akhi Taufik.
Setiap cerita pasti mempunyai penghujungnya.
Sebelum kem KRS melabuhkan tirainya, peserta dan seluruh AJK bersalaman dan ada
yang mengalirkan air mata yang terhasil daripada nilai ukhuwah. Inilah yang
dikatakan bertemu dan berpisahnya kerana NYA….
Terus Sukses! |
Montaj KRS 2013
Cheers KRS 2013
*ditulis oleh akhi Taufiq, layari blog http://topekpulus.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment