Friday, June 29, 2012

Road to Kionsom with NSTC


Baru-baru ini Neo Synergy Training Centre (NSTC) dengan kerjasama Success Crew telah berjaya menganjurkan satu program Road to Kionsom with NSTC. Road to Kionsom telah disertai oleh pelajar-pelajar Asasi UMS dan abang-abang siswa UMS. Santai, seronok dan semangat yang luar biasa telah ditonjolkan oleh adik-adik asasi ketika program ini. Program kali ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara pelajar junior asasi UMS dengan pelajar senior siswa UMS. Ternyata ukhuwah yang terjalin diantara mereka cukup erat seperti aur dengan tebing, semangat berpasukan dan saling bantu membantu antara satu sama lain dalam setiap aktiviti yang dijalankan menjadi saksi kuatnya ukhuwah di antara mereka.



Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

1. Slot DOTA( Decease Of Thinking Analysis)

  • Sedikit perkongsian oleh abang Syafiq tentang masalah-masalah sosial yang melanda umat Islam ketika ini yang berpunca dari serangan pemikiran oleh musuh-musuh Islam disebabkan kelalaian para pemuda dalam mempersiapkan diri mereka dengan Islam dan Tarbiyah.


2. Euro Potter
  • Euro 2012 + Harry Potter = Euro Potter. Apa itu Euro Potter? Euro Potter ialah hasil gabungan permainan bola sepak dan permainan quidditch di dalam cerita Harry Potter. Game yang kreatif ini di mainkan oleh dua buah pasukan, menggunakan dua biji bola dan dua biji tin minuman kosong. Bola pertama digunakan untuk menjaringkan gol, bola kedua digunakan untuk mematikan lawan dan 2 biji tin masing-masing diletakkan di penjuru kedua-dua belah bahagian padang. Jika bola pertama dijaringkan kedalam pintu gol lawan maka 1 mata akan diberikan tetatpi jika disepak mengenai tin, maka 50 mata akan diberi. Antara ibrah yang boleh diambil, jika kita mengambil simbolik tin kosong diibaratkan seperti dunia walaupun nampak bernilai, tetapi sukar untuk diperolehi berbanding dengan pintu gol yang besar yang sebenarnya menjadi tujuan yang utama dalam permainan bola sepak. Bola kedua atau bola pembunuh disimbolikkan sebagai serangan-serangan pemikiran dan godaan dunia yang melarikan tujuan kita dari tujuan yang sebenar iaitu mencari redha Allah.
Diharapkan program kali ini dapat meningkatkan iman dan mengeratkan ukhuwah antara sesama kita. InsyaAllah buat pelajar-pelajar Asasi dan pelajar-pelajar UMS, nantikan program-program lanjutan yang akan dianjurkan oleh NSTC.




banyak gambar lagi di sini

No comments:

Post a Comment