Saturday, September 29, 2012

Poster KRS 2012

Masa cuti sekolah penuh kekosongan?

Jom sertai kem remaja sinergi (KRS) Sabah  2012. khas buat remaja 13-18 tahun!

Bertempat di Out-Door Development Centre(ODEC), Universiti Malaysia Sabah(UMS). Untuk peserta lelaki  kem akan diadakan pada 21-23 desember 2012 dan peserta perempuan 14-16 desember 2012.

Bonds like Heroes, Tarbiyah Success!, Amazing Race, See U @ IPT, Depart to the New World adalah diantara aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda semua di dalam KRS kali ini.

Friday, June 29, 2012

Road to Kionsom with NSTC


Baru-baru ini Neo Synergy Training Centre (NSTC) dengan kerjasama Success Crew telah berjaya menganjurkan satu program Road to Kionsom with NSTC. Road to Kionsom telah disertai oleh pelajar-pelajar Asasi UMS dan abang-abang siswa UMS. Santai, seronok dan semangat yang luar biasa telah ditonjolkan oleh adik-adik asasi ketika program ini. Program kali ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara pelajar junior asasi UMS dengan pelajar senior siswa UMS. Ternyata ukhuwah yang terjalin diantara mereka cukup erat seperti aur dengan tebing, semangat berpasukan dan saling bantu membantu antara satu sama lain dalam setiap aktiviti yang dijalankan menjadi saksi kuatnya ukhuwah di antara mereka.


Saturday, May 12, 2012

Qiammullail Perdana KRS

Assalamualaikum kepada adik-adik semua!!!

So sempena cuti sekolah sekolah ni.. NSTC telah menganjurkan program Qiammullail Perdana KRS dengan kerjasama Masjid UMS khas untuk adik-adik berusia 13 - 15 tahun a.k.a pelajar sekolah menengah

Jadi apa yang menarik???

-Qiammullail
-Taddabbur Al-Quran
-Lambaian Palestine
-Explorace UMS

dan macam-macam lagi!!! Rugi la kalu x datang bah!

Yuran cuma RM15( if guna kenderaan sendiri) dan RM20 jika menaiki kenderaan yang disediakan.
Murah Jak!

Boleh contact bro Azri dan Sis Fadziah untuk maklumat yang lebih lanjut...
OK la, Kita jumpa kat sana taw...



Wednesday, February 08, 2012

Majalah : SINERGI Edisi Ke-7 Bernafas Baru!!!




Assalamu’alaikum wbt,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, SINERGI Edisi Ke-7 yang bernafas baru bakal memberikan semua pembaca sebuah pengalaman baru memiliki Majalah SINERGI edisi kali ini.  Semoga “Wajah dan Tema” SINERGI bermula edisi ke-7 kali ini meningkatkan lagi minat para pembaca SINERGI.

HANYA RM3.00 !!!
Terima kasih juga kepada semua pembaca yang sudi memberikan komen dan kata-kata semangat kepada kami untuk kami terus meningkatkan kualiti majalah SINERGI ini. InsyaAllah kami akan sentiasa prihatin menerima komen pembaca di emel synergymedia(at)gmail(dot)com atau sms ke 019-4544871. Komen anda amat kami perlukan.
InsyaAllah kepada yang belum mendapatkan edisi terbaru majalah SINERGI, atau edisi-edisi sebelum ini, pastikan anda mendapatkannya secepat mungkin sementara stok masih ada.
Kepada semua pengedar berdafatar SINERGI, anda sudah boleh membuat tempahan kepada kami untuk tujuan penghantaran ke kawasan pengedar masing-masing. Bagi yang berminat menjadi pengedar, boleh muat turun Borang Permohonan Pengedar dan hantarkan ke emel synergymedia(at)gmail(dot)com
Bagi memudahkan proses pembelian para pembeli, kami dari pihak Synergy Media Sdn Bhd (SMSB) menyediakan satu kaedah belian yang mudah jika anda tidak mampu mencari dan membeli dari pengedar kawasan anda.
anda hanya perlu muat turun (download) dan mengisi Borang Belian Individukemudian hantar ke emel kami di synergymedia2010@gmail.com
Kaedah ke-2, anda boleh lebih mudah mendapatkan Majalah Sinergi setiap edisi dengan melanngan mengikut kehendak anda..hanya isi Borang Langganan Majalah Sinergi dan hantar ke synergymedia2010@gmail.com.

dipetik daripada website Sinergi Media.
synergymedia

Tuesday, December 06, 2011

Video: Reunion Sinergi Borneo

Mari lihat koleksi gambar dalam program yang lepas.

Reunion Sinergi Borneo 2010



Pihak kami berharap dapat bertemu dengan peserta yang ingin mensinergikan potensi mereka bersama dengan kami.

Jangan lupa mendaftar!